Terakhir dikemas kini: 08 September 2020
Menangani stigma dan diskriminasi sosial
Kita semua mempunyai peranan untuk melindungi kesihatan fizikal dan mental diri kita dan orang lain semasa wabak COVID-19.
Infografik
Golongan yang dijangkiti #COVID19 tidak melakukan sebarang kesalahan, jadi jangan sisihkan mereka.
Bersama-sama kita bersatu dalam memerangi coronavirus. #SolidarityNotStigma
Dijangkiti #COVID19 tidak bermaksud seseorang itu kurang bermakna daripada orang lain.
Berbuat baik antara satu sama lain dan bantu-membantu untuk menghentikan penyebaran #coronavirus dengan mengamalkan nasihat kesihatan yang sering ditekankan oleh kerajaan. #SolidarityNotStigma
Stigma dan diskriminasi terhadap seseorang adalah risiko bagi semua orang.
Marilah kita menyokong keluarga, rakan, jiran dan anggota barisan hadapan dalam memerangi #COVID19. #SolidarityNotStigma
Info lanjut dari Western Pacific (dalam Bahasa Inggeris)
Info lanjut dari WHO Global (dalam Bahasa Inggeris)